Ucapan umum dari Fatimah betul2 terkesan pasal dia bawa kami berimaginasi tentang HARI KEHANCURAN. Benar, sekarang ni tanda2 nak kiamat semakin banyak, in fact apa yang Rasulullah sabdakan pon..dah banyak yang terjadi. Pun kita masih berleka,berseronok dan sebagainya. Aku terkedu..amalan apa yang akan aku bawa buat diberi padaNya??
Persiapan? Ya..persiapan ke hari itu. Aku masih di tampuk lama..fikirku. Cadangnya semakin hari makin baik tapi kerap juga aku tertinggal di jurang lama..sedihnya!! Bila ada yang sudi membawa tazkirah sebegini, mula di hati aku kembali memuhasabah diri. Aku?? Banyak sangat yang kurang...abid Tuhan yang sering alpa. Kembali berjalan,melihat dan mentafsir hati...ia perlu aku bersihkan..
Bercakap pula tentang bahasa Melayu, ramai dari kita yang suka benar mendaulatkan bahasa asing. Ya, mungkin di Uia..kenalah cakap bahasa omputeh, hatta makcik cafe pon kena baguih nak speaking Gomen ni, if not tak terjuallah karipap di pagi hari. Ramai yang masih bersila membincangkan cara mana nak mendaulatkan bahasa melayu sedang di Malaysia yang makin membangun ni kerap juga menjadikan bahasa asing sbg bahasa pengantaraan. Aku pon asyik berfikir..macam2 pendapat yang muncul..emmm!!!
Aku di sini, berhujan dengan pelbagai tugasan dan satu harapan itu..aku akan berjaya menyiapkannya dengan sehabis baik, InsyaAllah. Tak boleh lah kalo asyik nak bercakap..kena pratikkan. Kewl!! Adik2 SMP nak datang Gombak sempena konvo ni..InsyaAllah ada kesempatan ..nak berjalan ngan mereka kalo ade mase..dah janji pon nak belanja..hehe!
Semalam Abg Zul suruh remind kan dia utk pose sunat..yeah! Dah lame tak pose, jadi aku pon pose sekali semalam. Pastu hari ni Abg Kamal plak ajak pose sunat satu Rejab, yeah! Aku pose lagi..Alhamdulillah. Adanya insan2 yang baik hati ni mengajak utk membuat pahala. Lama dulu, nilah salah satu kerja aku ngan abg Kamal, saling beringat nak buat pose sunat..mekasih abg. Walau skang dia dah grade (skang ni dok kat umah lagik kot) Dia tetaplah ingat kat adik dia ni..aku harap dia tetap akan jadik abg dan kawan aku sampai bebila, Ameen!
Kerja baik ni jangan bertangguh, tak gitu? Seharian di bumi Tuhan, terkadang lebih banyak dosa yang dibuat berbanding amal soleh..huhu! Jadi aku sendiri masih belajar, mencari kebenaran dan InsyaAllah..jika intention nya baik dan jalannya mutlak, kita yang beramal ni akan mendapat rahmatNya. Oklah..sebelum beku,baik aku tarik kaki kuar dari lab ni..ilal liqo'
No comments:
Post a Comment